My Digital Story

Just to make live easier…

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) vs Datuk Ahmad Shabery Cheek (DASC)

Debat semalam sememangnya acara yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Pertama sekali tahniah diucapkan kepada Menteri Penerangan kerana sanggup menerima cabaran berdebat dengan Ketua De facto Pakatan Rakyat (PR). Sekurang-kurangnya terbukti masih ada “balls” berbanding bos-bos.

Walaubagaimanapun, keberanian sahaja belum mencukupi. amat jelas lagi bersuluh bahawa kemampuan, kelebihan DSAI terlalu jauh dibandingkan dengan DASC.

Yang menariknya blog DASC pagi tadi telah di “suspended” selepas sempat saya menambah komen selepas melihat blog beliau dihujani berpuluh-puluh komen sama ada menghentam beliau, menyuruh beliau meletak jawatan dan juga bersimpati dengan beliau. Kesimpulannya ramai orang berpendapatan beliau telah tewas kepada DSAI dalam debat semalam. Kecuali media arus perdana yang terus menerus dengan “denial sindrom” mereka.

Ada juga yang mengatakan DSAI tidak memberikan point-point dan langkah-langkah bagaimana PR boleh menurunkan harga minyak walaupun telah menonton debat tersebut. Amatlah malang sekali apabila masih tidak boleh melihat kebenaran walaupun telah dihidangkan di hadapan mata.

Cadangan DSAI amatlah mudah difahami…kalau nak faham lah:

1. Penjimatan daripada rundingan semula dengan Independent Power Producers (IPP) boleh memberikan sumbangan lebih kurang RM1 billion kepada kerajaan. Ini berlaku apabila PETRONAS yang sekarang ini menanggung subsidi gas kepada IPP tadi boleh menaikkan harga gas tersebut dan ini akan meningkatkan pendapatan dan keuntungan petronas dan seterusnya menambah pendapatan kepada kerajaan.

2. Penjimatan daripada IPP juga boleh direalisasikan daripada penjimatan oleh TNB kerana TNB tidak perlu lagi membayar kos lebihan 40% kuasa elektrik kepada IPP. Ini akan meningkatkan pendapatan dan keuntungan TNB yang juga sebuah GLC dan akan meningkatkan pendapatan kerajaan.

3. Sumber ketiga ialah dengan mengambil hanya RM1billion daripada special dividen petronas sebanyak RM6 billion untuk menampung subsidi minyak itu tadi.

4. Sumber seterusnya yang pada pendapat saya yang agak subjektif tetapi amat penting ialah penjimatan daripada pengurusan dana kerajaan (hasil sumbangan petronas, tnb, cukai pendapatan dan sebagainya).

Seterusnya hujah yang amat bernas daripada DSAI ialah penjelasan beliau mengenai konsep “insentif” dan “subsidi” yang betul-betul enlightening kepada kita semua. Kenapa bail-out kepada Perwaja sebanyak RM13 billion boleh dilakukan oleh kerajaan tetapi untuk tolong rakyat yang diistilahkan sebagai subsidi pada RM5 billion tidak boleh pula? Kan pelik itu. Kerajaan boleh selamatkan syarikat korporat, bank dan sebagainya tetapi nak tolong rakyat secara telus tidak mahu pula!

Seterusnya perbandingan oleh DASC di antara Malaysia dengan Norway, Finland amatlah janggal kerana negara-negara tersebut (Scandinavia) merupakan negara-negara yang mempunyai sistem keselamatan sosial (social security) yang terbaik di dunia selain GDP yang 10x lebih daripada Malaysia. Negara-negara ini melainkan Norway, langsung tidak ada minyak tetapi berjaya membangunkan negara mereka menggunakan otak rakyatnya dengan sistem sokongan keselamatan sosial yang amat cemerlang.

DASC sememangnya silap memilih rakan iaitu Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi yang tidak tahu apa itu IPP dan hubungan langsungnya dengan industri minyak dan gas. Amat malang sekali seorang yang bertaraf professor tidak boleh mengetahui apa itu IPP. Dah lah bersyarah apabila orang suruh tanya soalan. Memang jelas kaki pengampu UMNO/BN yang pendek akalnya.

DASC juga gagal memahami konsep inflasi dan hubung kaitnya dengan kenaikan harga minyak. Perbandingan beliau di antara Malaysia dengan Iran dan Venezuala mengenai kadar inflasi dan harga minyak jelas menggambarkan ketidakfahaman beliau mengenai hubung kait tersebut. Kena belajar basic economy dulu lah sebelum jadi menteri. Jangan sekadar pandai bersyarah dan mengampu saja!

DASC juga seperti menghulurkan kepada untuk disembelih apabila menuduh DSAI menggunakan cadangan IMF dalam menghadapi krisis matawang 1997-1998, apabila DSAI memulangkan batu buah kerasnya dengan menanyakan secara sinis; “bukankah menaikkan harga minyak secara drastik dan menghapuskan subsidi juga merupakan prekripsi IMF”?

Juga mengenai isu kontrak-kontrak IPP yand dibuat semasa DSAI menjadi menteri kewangan juga dengan mudah dipatahkan oleh DSAI dengan mengatakan beliau bersama-sama bekas Pengerusi TNB ketika itu, Tan Sri Ani Arop menentang keputusan Tun Mahathir dan EPU mengenai kontrak-kontrak dengan IPP.

DASC juga gagal memahami bahawa apa yang ingin PR dan DSAI bawakan tidak sekali-kali akan merompak dan merosakkan PETRONAS. Ini berulang-ulang kali disebut oleh DSAI. Pendapat saya ialah mungkin pada mulanya DASC beranggapan bahawa DSAI sudah pasti akan menggunakan hujah populis yang akan merompak dana PETRONAS untuk menampung subsidi tetapi akhirnya terkedu apabila DSAI langsung tidak berpendapat sedemikian.

Yang terakhir, serangan peribadi DASC jelas menunjukkan bahawa beliau amat kehabisan modal untuk menyokong langkah kerajaan menaikkan harga minyak.

16/07/2008 - Posted by | My Thoughts |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: