My Digital Story

Just to make live easier…

Isu kenaikan harga minyak, apakah respon kita

Kenaikan ini adalah amat mendadak dan terlalu tinggi. 40% kenaikan pada petrol dan 64% kepada diesel melebihi jangkaan kebanyak penganalisis ekonomi(1). Ia akan memberi kesan drastik kepada ekonomi Negara. Kadar inflasi pasti akan meningkat dari sekarang.

Berikut adalah hujah kenapa harga minyak tidak sepatutnya naik lagi.

  1. Hujah kerajaan yang mengatakan penjimatan daripada potongan subisidi ini akan digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam tidak berlaku selepas kenaikan harga minyak sebelum ini. Malahan kualiti pengangkutan awam semakin teruk terutamanya di Lembah Kelang.

  1. Perbandingan kenaikan harga minyak contohnya dengan Singapura tidak adil kerana Singapura mempunyai sistem pengangkutan awam yang cukup baik di mana rakyatnya boleh hidup tanpa berkereta. Di Malaysia, kereta merupakan keperluan hampir kepada semua rakyatnya.

  1. NGV walaupun merupakan pilihan yang agak baik tetapi malangnya, kemudahan stesennya yang amat terhad (hanya di Lembah Kelang sahaja) selain ketidakserasian dengan kebanyakan kenderaan menyebabkan ia tidak menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

  1. Sistem pengangkutan di Malaysia langsung tidak menggalakkan penggunaan kenderaan secara efektif dan efisien. Contohnya tidak ada insentif kepada perkongsian kereta, cukai kenderaan yang tinggi semata-mata untuk melindungi proton, tiada insentif cukai kepada kenderaan yang mempunyai enjin yang lebih efisien. Ini ditambah lagi dengan ketiadaan sistem pengangkutan awam yang baik. Ini ditambah lagi dengan kewujudan tol-tol yang meningkatkan lagi beban kepada pengguna kenderaan.

  1. Kenaikan harga minyak sebenarnya memberikan keuntungan kepada Malaysia seperti diakui sendiri oleh Zeti (2) yang berkata kenaikan harga minyak sebanyak USD1 akan menambah pendapatan Negara dalam lingkungan RM100 million ke RM200 million. Ini bermakna peningkatan daripada USD74 bbl ke USD120 bbl hari ini akan menambah pendapatan negara sebanyak RM4.6 billion ke RM9.2 billion! Jumlah inilah sepatutnya digunakan untuk menampung sebarang kenaikan dalam subsidi minyak. Jumlah ini jelas lebih daripada mencukupi untuk menampung beban subsidi tersebut yang kerajaan katakana sebanyak RM4 billion setahun. Perlu diketahui bahawa PETRONAS semenjak kenaikan harga minyak yang mendadak ini telah mendapat keuntungan yang besar. Berdasarkan Akta Petroleum 1974, daripada setiap tong minyak, 70% hasilnya adalah kepada kerajaan. Justeru, ini jelas menunjukkan bahawa kenaikan harga minyak mentah dunia sememangnya menambah sumber pendapatan negara.

  1. Ini terbukti bahawa semenjak kenaikan harga minyak ini, kadar KDNK Malaysia jelas naik melambung 3 kali ganda (dlm USD lagi…) berbanding zaman Tun M dulu. Ini kerana lebih 40% penyumbang utama KDNK adalah pengeksportan minyak Petronas. Maknanya pendapatn negara naik 300%! (Lihat carta asal petikan akhbar Zeti)

  1. Kerajaan China walaupun merupakan antara net importer terbesar dunia masih mampu memberikan subsidi sebanyak RM3.2 billion setiap tahun untuk menampung kenaikan harga minyak! (3)

  1. Kepada IPP, mereka bukan sekadar dikenakan levi (cukai durian runtuh), malah perlu ditarik balik subsidi gas yang ditanggung oleh PETRONAS (Petronas also sells natural gas to private power plants here at rates four times cheaper than the world market price.) (4). Further to that, it is a known fact that Malaysian has excessive power due to excessive number of IPP. So it is obvious why TNB hardly make profit while IPP make billion of billion!

  1. Petronas sepatutnya boleh dikenakan juga levi atau windfall tax. Kiraanya boleh seperti berikut:

Kadar pengeluaran minyak negara= 600,000 tong/sehari

Purata kos pengeluaran setong = USD30 setong

Anggaran harga jualan minyak oleh syarikat minyak atau harga jualan yang munasabah supaya syarikat minyak tidak kerugian= USD70 setong

(Nilai ini boleh juga dikira berdasarkan harga minyak pada tahun sebelumnya supaya untuk berlaku lebih adil kepada syarikat minyak)

Harga minyak semasa = USD120 setong

Dengan ini bermakna,

Keuntungan oleh syarikat yang munasabah ialah sebanyak (70-30) USD40 setong

Jumlah keuntungan syarikat minyak yang semata-mata disebabkan oleh kebetulan harga semasa yang tinggi ialah (120-70) USD50. USD50 inilah sepatutnya dikenakan cukai durian runtuh tadi untuk menampung beban subsidi kerajaan.

Pemberian rebet RM625 setahun masih tidak mencukupi

Secara purata mengisi minyak sebanyak RM 300.00 sebulan. Bermakna RM 10.00 sehari. bermakna setahun saya mengisi RM 3,600.00. Dengan kenaikan 40% in bermakna saya akan mengisi minyak sebanyak RM 420.00 sebulan, jatuh RM 14.00 sehari dan setahun sebanyak RM 5,040.00. Beza jumlah saya bayar setahun adalah RM 1,440.00 sedangkan rebat saya cuma perolehi sebanyak RM 625.00. Bermakna setahun saya menanggung kerugian RM 815.00!!!

Subsidi boleh dihapus hanya apabila:

  1. Pengangkutan awam telah mencapai tahap yang memuaskan (dari segi liputan, kualiti dan ketetapannya)
  2. Proton mampu mengeluarkan kereta yang berenjin fuel-efficient.
  3. Gaji minima telah ditetapkan.
  4. Tol-tol jalanraya tidak ada lagi.

Justeru itu sementara negara masih net-exporter dan kemudahan pengangkutan awam masih tidak baik maka subsidi sepatutnya diteruskan.

Rujukan:

  1. Yeah Kim Leng, chief economist with research firm Ratings Agency Malaysia (http://www.malaysiakini.com/news/83952)
  2. http://photos1.blogger.com/img/212/900/640/Zeti%20&%20Oil%20Price.jpg
  3. http://www.reuters.com/article/rbssEnergyNews/idUSPEK14240120080527
  4. http://www.petronas.com.my/internet/corp/c…ghts_FY2007.pdf

05/06/2008 - Posted by | My Thoughts

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: