My Digital Story

Just to make live easier…

Bagaimana mendapatkan latitude & longitude dari Google maps

Dalam zaman canggih dengan teknologi GPS hari ini, sepatutnya pemandu-pemandu tak perlu lagi sesat untuk mencari lokasi kenduri kahwin, tempat program, pejabat rakan niaga, rumah kawan, adik-beradik dan sebagainya. Ramai yang tahu kewujudan Goggle maps, tetapi setakat tahu guna nak tengok bumbung rumah sendiri sahaja, nak check bumbung bocor atau pun tidak.

Kalau tahu sekali pun, takat boleh copy-and paste portion of the Google maps ke email untuk ditunjukkan kepada para pelawat masing-masing.

Sebenarnya, Google maps membenarkan kita mendapat kan koordinat (titik) latitude dan longitude daripada petanya dan kita boleh memberikan koordinat tersebut kepada pelawat kita. Dengan adanya koordinat ini, maka mereka boleh memasukkan koordinat itu ke dalam GPS navigator mereka (Garmin, Papago, Tom-Tom) dan seterusnya sampai ke destinasi tersebut tanpa sesat dan menggangu tuan rumah dengan bertelefon bertanyakan petunjuk jalan.

Saya akan tunjukkan kaedah mendapatkan koordinat dari Google maps; pertama dengan menggunakan Google maps di web browser komputer. Keduanya dengan Google maps di iphone. Kalau yang tak ada iphone tu, beli lah satu. Guna Google maps di Android phones pun boleh juga.

Sebenarnya cara yang paling senang ialah dengan menggunakan Google Earth. Cuma leceh sebab kena download dan install dulu di PC. Kadang-kadang komputer di office tak boleh install software selain di rumah tak ada internet atau internet slow sangat. Ye lah, sapa suruh guna internet broadband Maxis dan Digi :-)


Google maps di PC

1. Pergi ke Google maps di maps.google.com.my
2. Browse sama ada secara manual atau taip nama tempat yang ingin kita dapatkan koordinatnya. Contohnya, rumah kita, tempat program, etc.
3. Di hujung atas sebelah kanan, klik “New!”
4. Sebuah pop-up windows akan appear untuk beberapa tools yang Google sedang experimen.
5. Tools yang kita perlukan ialah “LatLng Tool Tip” dan juga “LatLng Marker.” Tool “LatLng Tool Tip” menyebabkan koordinat mana-mana kawasan peta yang kita gerakkan mouse akan menunjukan latitude dan longitude titik tersebut. Manakala tool “LatLng Marker” membolehkan kita mark koordinat tempat yang kita kehendaki dengan right-click dan memilih untuk mark koordinat titik di mana mouse pointer itu berada.

6. Sekarang, anda akan dapat melihat koordinat tempat yang telah dipilih tadi dalam format ddd.ddddd*. Tolong ingat selain format ddd.dddd* koordinat boleh di tulis dalam bentuk ddd* mm’ ss.s’ atau ddd* mm.mmm’ Pastikan anda mengubah format koordinat alat nvigasi GPS anda kepada ddd.dddd* sebelum memasukkan koordinat tersebut. Jika tidak, anda akan sesat lagi.

Sila rujuk gambar di bawah untuk memudahkan pemahaman anda.

Tentukan titik dalam kawasan peta yang ingin diketahui koordinatnya.

Klik New! di sebelah kanan atas skrin Google maps

Enablekan feature "LatLng Tool Tip" dan "LatLng Marker"

Right click untuk mendapatkan Latitude dan Longitude marker

Sekarang anda boleh melihat koordinat tersebut dalam format dd.ddd*

About these ads

26/09/2010 - Posted by | GPS | , ,

2 Comments »

  1. camna nk tukaq format2 koordinat tu?
    anta memang sempoi..bila nk msk Bernama Radio 24?

    Comment by zulkhairi | 11/10/2010

  2. wah..thnx bangat atas postingannya mas…!!

    Comment by leonardoagian | 24/03/2011


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: