Oil issue: Let us play the part…
Selepas pulang dari Terengganu untuk aktiviti dengan sahabat-sahabat, saya mendapat satu lagi tugasan dari saudara Mahfuz Omar. Masih mengenai kenaikan harga minyak. Tugasan itu adalah untuk membuat analisa perbandingan harga minyak di beberapa buah negara meliputi negara pengeluar dan pengimport minyak.
Analisa ini akan membandingkan peratusan penggunaan petrol berbanding Pendapatan Per Kapita, PPK (Per Capita Income, ). Pendapatan Per Kapita bermaksud jumlah pendapatan sesebuah negara dibahagikan dengan jumlah penduduk sesebuah negara. NIlai ini penting untuk melihat kualiti kehidupan sesebuah negara. PPK yang digunakan ialah untuk tahun 2007.
Dengan mengetahui harga minyak di pam dan PPK di negara-negara terbabit, kita boleh mengetahui berapa peratus kah setiap rakyat negara tersebut berbelanja untuk penggunaan petrol mereka setiap tahun.
Untuk memudahkan pengiraan, saya anggarkan penggunaan petrol di setiap negara ialah sebanyak 2000 liter setahun, USD1 bersamaan RM3.20
Sumber yang saya gunakan untuk analisa ini ialah seperti berikut:
Pendapatan Per Kapita:
https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/tw.html#Econ
Harga Minyak:
http://en.wikipedia.org/wiki/Gasoline_and_diesel_usage_and_pricing#Average_gasoline_prices_around_the_world
http://money.cnn.com/pf/features/lists/global_gasprices/
Negara-negara yang saya pilih adalah seperti berikut UAE, Mesir, Kuwait, Arab Saudi, Nigeria, Venezuala, Malaysia, Singapore, South Korea, Taiwan dan United States.
| Negara | Petrol Price (RM/liter) | Harga utk 2000 liter (RM) | Per Capita Income (RM/year) 2007 | % petrol/per capita income | 1 paling mahal 11 paling murah | Status Negara | |
| 1 | UAE | 1.19 | 2,380 | 176,640 | 1.35% | 8 | Pengeluar |
| 2 | Mesir | 1.03 | 2,060 | 17,280 | 11.92% | 2 | Pengeluar |
| 3 | Kuwait | 0.67 | 1,340 | 176,960 | 0.76% | 11 | Pengeluar |
| 4 | Arab Saudi | 0.38 | 760 | 66,240 | 1.15% | 9 | Pengeluar |
| 5 | Nigeria | 0.32 | 640 | 7,040 | 9.09% | 4 | Pengeluar |
| 6 | Venezuala | 0.16 | 320 | 40,960 | 0.78% | 10 | Pengeluar |
| 7 | Malaysia | 2.7 | 5,400 | 46,080 | 11.72% | 3 | Pengeluar |
| 8 | Singapore | 5.2 | 10,400 | 156,480 | 6.65% | 6 | Import |
| 9 | South Korea | 6.24 | 12,480 | 78,720 | 15.85% | 1 | Import |
| 10 | Taiwan | 3.552 | 7,104 | 95,360 | 7.45% | 5 | Import |
| 11 | United States | 3.4016 | 6,803.2 | 147,200 | 4.62% | 7 | Import |
Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa Malaysia walaupun merupakan sebuah negara pengeluar minyak mentah tetapi merupakan negara ketiga yang mempunyai harga petrol termahal berbanding dengan Per Kapita Income dalam senarai negara-negara di atas. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia menggunakan sebanyak 11.72% pendapatan mereka untuk petrol (untuk 2000 liter setahun). Suatu jumlah yang amat besar sebenarnya.
RM46,080 bersamaan RM3,840 sebulan. Cuba bayangkan berapa pula yang perlu dibayar oleh mereka yang bergaji kurang daripada RM1,000. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana mereka yang pendapatan rendah hendak meneruskan kehidupan mereka.
Jelas ini merupakan suatu fakta yang cukup mengejutkan tetapi malangnya fakta-fakta sebegini tidak dipaparkan oleh media massa tempatan. Mereka asyik menipu rakyat dengan memaparkan padangan-pandangan “pakar-pakar ekonomi” yang kebanyakan berpendapatan RM10,000 untuk membuat ulasan betapa rakyat perlu berjimat dan mengubah cara hidup. Pakar-pakar ekonomi ini merupakan penipu-penipu terunggul negara kita.
Selain itu, para menteri juga asyik mengarahkan pengusaha bas, peruncit untuk tidak menaikkan harga barang dan servis. Betapa bodohnya menteri-menteri tersebut! Apabila kos meningkat sudah pastilah harga jual juga akan meningkat!
Untuk fail excel pengiraan jadual di atas, sila klik DI SINI.
3 Comments »
Leave a comment
-
Archives
- October 2009 (3)
- September 2009 (2)
- June 2009 (1)
- May 2009 (3)
- April 2009 (2)
- March 2009 (3)
- February 2009 (1)
- January 2009 (3)
- December 2008 (9)
- October 2008 (5)
- September 2008 (1)
- August 2008 (5)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS







Assalamualaikum,
Anda sebenarnya memutarbelitkan fakta, fakta yang anda buat adalah berdasarkan tahun 2007, ini dah tahun 2008, jadi kalau dibandingkan dengan negara pengeluar yang lain memang malaysia jauh dari segi pengeluarannya, minyak malaysia adalah untuk kapal terbang, bukan untuk kenderaan, jadi minyak kenderaan kita terpaksa mengimport dari luar
Dear wansal,
I am not trying to mislead anyone, first for GDP per capita PPP, the only value available for those countries are in 2007 since we are still in 2008, wait until 2009 then we will be the GDP per capita PPP income for 2008.
On your comment that Malaysia sweet crude is meant for aviation fuel (Jet kero), it is true. nothing wrong with that. However it must be noted that our sweet crude is always priced higher than Brent, Arab crude where the prices are that we normally see on the news.
The study has nothing to do with total production, type of crude produced in those countries. but it just compared how much people in those countries need to pay for their annual fuel consumption @ 4000 liter.
aku tak paham bi sgt aaa…
bole terang kan dlm bm sket tak…