My Digital Story

What’s a small world…

Touch Diamond versus Samsung Omnia (i900)

Which one is your choice?

Samsung Omnia (i900)

HTC Touch Diamond

22/06/2008 Posted by abuhawa | Uncategorized | | No Comments Yet

Mozilla Firefox 3 is out!

I believe a lot of net users use and love firefox, it is fast, easy, secure and everything required for internet browser is available in Firefox.

Just for those who haven’t realized that Firefox just released Firefox 3. It is available for download in HERE.

22/06/2008 Posted by abuhawa | Windows XP troubleshootings | | No Comments Yet

Oil issue: Let us play the part…

Selepas pulang dari Terengganu untuk aktiviti dengan sahabat-sahabat, saya mendapat satu lagi tugasan dari saudara Mahfuz Omar. Masih mengenai kenaikan harga minyak. Tugasan itu adalah untuk membuat analisa perbandingan harga minyak di beberapa buah negara meliputi negara pengeluar dan pengimport minyak.

Analisa ini akan membandingkan peratusan penggunaan petrol berbanding Pendapatan Per Kapita, PPK (Per Capita Income, ). Pendapatan Per Kapita bermaksud jumlah pendapatan sesebuah negara dibahagikan dengan jumlah penduduk sesebuah negara. NIlai ini penting untuk melihat kualiti kehidupan sesebuah negara. PPK yang digunakan ialah untuk tahun 2007.

Dengan mengetahui harga minyak di pam dan PPK di negara-negara terbabit, kita boleh mengetahui berapa peratus kah setiap rakyat negara tersebut berbelanja untuk penggunaan petrol mereka setiap tahun.

Untuk memudahkan pengiraan, saya anggarkan penggunaan petrol di setiap negara ialah sebanyak 2000 liter setahun, USD1 bersamaan RM3.20

Sumber yang saya gunakan untuk analisa ini ialah seperti berikut:

Pendapatan Per Kapita:

https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/tw.html#Econ

Harga Minyak:

http://en.wikipedia.org/wiki/Gasoline_and_diesel_usage_and_pricing#Average_gasoline_prices_around_the_world
http://money.cnn.com/pf/features/lists/global_gasprices/

Negara-negara yang saya pilih adalah seperti berikut UAE, Mesir, Kuwait, Arab Saudi, Nigeria, Venezuala, Malaysia, Singapore, South Korea, Taiwan dan United States.

  Negara Petrol Price (RM/liter) Harga utk 2000 liter (RM) Per Capita Income (RM/year) 2007 % petrol/per capita income 1 paling mahal 11 paling murah Status Negara
1 UAE 1.19 2,380 176,640 1.35% 8 Pengeluar
2 Mesir 1.03 2,060 17,280 11.92% 2 Pengeluar
3 Kuwait 0.67 1,340 176,960 0.76% 11 Pengeluar
4 Arab Saudi 0.38 760 66,240 1.15% 9 Pengeluar
5 Nigeria 0.32 640 7,040 9.09% 4 Pengeluar
6 Venezuala 0.16 320 40,960 0.78% 10 Pengeluar
7 Malaysia 2.7 5,400 46,080 11.72% 3 Pengeluar
8 Singapore 5.2 10,400 156,480 6.65% 6 Import
9 South Korea 6.24 12,480 78,720 15.85% 1 Import
10 Taiwan 3.552 7,104 95,360 7.45% 5 Import
11 United States 3.4016 6,803.2 147,200 4.62% 7 Import

Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa Malaysia walaupun merupakan sebuah negara pengeluar minyak mentah tetapi merupakan negara ketiga yang mempunyai harga petrol termahal berbanding dengan Per Kapita Income dalam senarai negara-negara di atas. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia menggunakan sebanyak 11.72% pendapatan mereka untuk petrol (untuk 2000 liter setahun). Suatu jumlah yang amat besar sebenarnya.

RM46,080 bersamaan RM3,840 sebulan. Cuba bayangkan berapa pula yang perlu dibayar oleh mereka yang bergaji kurang daripada RM1,000. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana mereka yang pendapatan rendah hendak meneruskan kehidupan mereka.

Jelas ini merupakan suatu fakta yang cukup mengejutkan tetapi malangnya fakta-fakta sebegini tidak dipaparkan oleh media massa tempatan. Mereka asyik menipu rakyat dengan memaparkan padangan-pandangan “pakar-pakar ekonomi” yang kebanyakan berpendapatan RM10,000 untuk membuat ulasan betapa rakyat perlu berjimat dan mengubah cara hidup. Pakar-pakar ekonomi ini merupakan penipu-penipu terunggul negara kita.

Selain itu, para menteri juga asyik mengarahkan pengusaha bas, peruncit untuk tidak menaikkan harga barang dan servis. Betapa bodohnya menteri-menteri tersebut! Apabila kos meningkat sudah pastilah harga jual juga akan meningkat!

Untuk fail excel pengiraan jadual di atas, sila klik DI SINI.

08/06/2008 Posted by abuhawa | My Thoughts | , | 3 Comments

Seeing is believing!!

Half empty and half full?

The picture above again was taken from The Star 5th June 2008 showing a man holding two bottles of petrol; one with RM1 at RM1.92 per liter and the other one at the new price of RM2.70 per liter.

It is the biggest increase (40%).

The rakyat have to penalize the stupid moron Barang Naik (BN) government.

05/06/2008 Posted by abuhawa | Uncategorized | | No Comments Yet

PAS the real Kingmaker in Malaysian politics

Ketika membelek surat khabar The Star semasa bersarapan pagi tadi, minda memang asyik memikirkan mengenai kenaikan harga minyak yang pastinya menarik perhatian ramai pihak.

Tetapi tiba-tiba ada satu artikel di muka surat N30 with the title “PAS the real kingmaker in Malaysia’s politics” dengan highlight terhadap PAS yang berbunyi ” The most well organaised, most financially independent and most talented party in Malaysia right now.”

Orang yang menulis artikel tersebut ialah Fui K. Soong (dari Institut Analisa Strategik dan Kajian Dasar MCA).

Satu kejutan juga sebenarnya bila think tank MCA boleh menulis sedemikian rupa.

Sama ada ianya satu pujian ikhlas atau ada udang di sebalik mee, hanya Allah yang tahu.

Artikel penuh boleh dibaca DI SINI

05/06/2008 Posted by abuhawa | My Thoughts | | No Comments Yet